Latar belakang dan keluaran Super_Something

"Super Something" pertama kali diperdengarkan di dalam iklan jenama tuala wanita, Libresse, iaitu jenama produk kebersihan wanita yang dimiliki oleh syarikat Sweden, SCA. Di dalam iklan ini, ia menampilkan Yuna dengan pelbagai gaya bermain gitar dan menjelaskan produk Libresse.

Muzik video rasmi telah dikeluarkan bagi mempromosikan lagu ini. Ia memaparkan beberapa wanita yang menunjukkan mesej positif dan menampilkan selebriti popular termasuk Adibah Noor dan Jihan Muse.

Ben Liew dari Juice Online menyifatkan lagu ini sebagai sebuah lagu yang unik.[1]